Sony telah memperkenalkan Xperia Z5 Premium dan juga Xperia Z5 Compact pada minggu lepas, dan hari ini, melalui laman sosial Sony Mobile Malaysia, pihak Sony telah pun memperlihatkan dua peranti mereka yang akan datang ke Malaysia, iaitu Xperia Z5 Compact dan juga Xperia Z5 Premium.
Xperia Z5 Premium merupakan telefon pintar pertama daripada Sony yang menggunakan skrin 4K, dijana menggunakan cip Snapdragon 810, memori 3GB RAM, dan menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci. Dengan paparan resolusi 3840×2160 pixel, ia membawakan ketumpatan pixel pada kadar 806PPI.
Telefon pintar ini turut menggunakan kamera belakang 23-megapixel untuk rakaman gambar.
Disamping Xperia Z5 Premium, satu lagi telefon pintar bersaiz kompak yang diumumkan oleh Sony akan hadir ke Malaysia adalah Xperia Z5 Compact. Xperia Z5 Compact membawakan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi membawakan skrin 4.6-inci pada resolusi HD penuh sahaja.
Fungsi lain seperti kalis air, dan masa bertahan bateri sehingga 2 hari turut disertakan pada kedua-dua peranti ini.
Sony Mobile Malaysia telah memulakan pendaftaran minat untuk Xperia Z5 Compact, selain turut mengatakan akan membawakan Xperia Z5 Premium ke Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia Z5 Premium Dan Xperia Z5 Compact Akan Hadir Ke Malaysia – Pendaftaran Minat Dibuka"