Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skarp Razor – Pisau Cukup Memotong Menggunakan Laser

Laser sudah digunakan untuk sistem pemfokusan pantas pada peranti mudah alih. Ianya digunakan juga pada pemacu optik untuk membaca data. Pada masa yang sama laser berkuasa tinggi sedang diuji sebagai senjata pemusnah di atas darat dan juga pesawat pejuang masa hadapan. Kini kuasa laser digunakan pula untuk memotong kumis dan janggut pada wajah manusia menggantikan pisau cukup biasa.

Skarp Razor 2

Skarp Razor ialah pisau cukur yang tidak perlu digantikan dengan kerap kerana ia akan sentiasa tajam. Laser menggantikan pisau tahan karat yang digunakan sekarang. Ia tidak memotong secara membakar sebaliknya panjang gelombang laser yang digunakan memotong bulu muka seperti pisau biasa. Dengan Skarp anda tidak perlu risau muka dan tangan terluka sekiranya anda melakukan kesilapan. Menurut pereka pisau cukur ini Skarp hanya memerlukan satu bateri AAA untuk berfungsi dan dapat digunakan berterusan selama sebulan. Sistem lasernya pula mampu bertahan selama 50000 jam. Dengan Skrap anda tidak perlu membazir membeli pisau cukur baru plastik yang akan mencemari alam sekitar.

Harga jualan Skarp ialah $159 sebatang. Sekiranya anda tidak menyimpan janggut seperti Wak Doyok dan bencikan pisau cukur yang kerap tumpul, Skarp Razor ialah alat yang anda nantikan selama ini.

Skarp Razor 1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skarp Razor – Pisau Cukup Memotong Menggunakan Laser"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info