Di dalam segmen Sembang Lebat beberapa bulan yang lalu ada kami sentuh mengenai masalah RAM peranti iOS yang terlalu kecil. RAM sebesar 1 Gigabyte mungkin memadai untuk peranti tahun 2012 tetapi tidak lagi sesuai untuk kegunaan zaman sekarang. Ini adalah kerana lama sekarang mempunyai lebih banyak elemen grafik. Akibatnya fungsi multi tasking pada peranti iOS adalah lebih lemah berbanding majoriti peranti Android. Dengan iPhone 6S dan 6S Plus Apple menambah jumlah RAM ke 2 Gigabyte. Apakah perbezaan dua peranti baru ini berbanding peranti generasi sebelum ini?
Video di bawah akan menunjukkan dengan jelas mengapa saiz RAM yang besar adalah lebih baik dan akan mempercepatkan proses penggunaan peranti pintar. Bukti empirikal kini sudah wujud di depan mata. Diharap selepas ini hujah “RAM 1 Gigabyte sudah mencukupi dan lebih baik” dapat dihentikan penggunaannya dalam ruangan komen di masa hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Perbezaan RAM 2 GB VS 1 GB Pada Peranti iOS"