Dunia realiti-maya telah mula menerima perhatian ramai sejak tahun ini, dan ia dijangka dipasarkan secara lebih meluas bermula 2016 kelak. Microsoft sendiri mempunyai penawaran yang dinamakan HoloLens yang mengabungkan dunia AR dan VR. Selain daripada itu, di Russia, Microsoft menawarkan Microsoft VR Kit untuk pembangun dalam menarik mereka ke arena realiti-maya ini.
Microsoft VR Kit ini ditawarkan kepada pembangun di Russia untuk sebuah hackathon ringkas yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi realiti-maya. Microsoft mengatakan mereka akan memberikan VR Kit ini kepada pembangun yang berjaya dalam membolehkan mereka terus membangunkan aplikasi realiti-maya.
Daripada gambar promosi Microsoft, ia dilihat Microsoft VR Kit yang seumpama Google Cardboard ini menggunakan peranti Lumia (Windows Phone) untuk berfungsi.
Penggunaan kit seumpama ini tidaklah sesuatu yang mengejutkan kerana ia hanya menggunakan kos yang sangat rendah, tetapi pada masa yang sama membolehkan pembangun menguji aplikasi dan permainan yang dibangunkan mereka sebelum ia diterbitkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Menggunakan VR Kit Seumpama Google Cardboard Untuk Menarik Pembangun Ke Arena Realiti-Maya"