Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation 4 Dengan Storan 1TB Serta Penawaran Kerangka Berwarna Akan Hadir Bermula 23 Oktober

Disamping mengumumkan penurunan harga jualan untuk PlayStation 4 dengan kapasiti storan 500GB, pihak Sony juga turut telah mengumumkan penawaran PlayStation 4 dengan kapasiti storan 1TB untuk rantau Asia. Menurut Sony, PlayStation 4 1TB ini akan mula ditawarkan bermula 23 Oktober kelak di rantau Asia ini.

PlayStation 4 1TB

Disamping penawaran kapasiti yang bersaiz lebih besar, pihak Sony juga turut akan membawa masuk pelindung kerangka berwarna, ataupun turut dipanggil sebagai PlayStation 4 HDD Bay Covers bermula tarikh yang sama Sebanyak 7 warna berbeza akan ditawarkan, dan pengguna boleh mendapatkannya daripada laman jualan rasmi Sony.

Alat kawalan permainan dalam empat pilihan warna, iaitu emas, perak, hitam dan juga lutsinar turut akan ditawarkan untuk rantau Asia bermula 23 Oktober kelak.

Harga jualan untuk ketiga-tiga produk ini masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

PlayStation 4 Warna

PlayStation 4 Warna



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "PlayStation 4 Dengan Storan 1TB Serta Penawaran Kerangka Berwarna Akan Hadir Bermula 23 Oktober"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info