Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Malaysia Mula Menawarkan Galaxy J1 Ace Dan Galaxy J2 – Harga Bermula RM399

Di Malaysia, siri Galaxy J boleh dikatakan salah satu siri telefon pintar yang menerima sambutan hangat daripada pengguna, dan kini dalam menawarkan lebih pilihan kepada pengguna, Samsung Malaysia hari ini turut telah menambah penawaran Galaxy J1 Ace dan juga Galaxy J2.

Samsung Galaxy J1 Ace merupakan telefon berskrin 4.3-inci, dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2Ghz, serta memori 768MB RAM. Dengan fokus untuk pasaran peranti berspesifikasi asas, Samsung hanya menyertakan ruangan storan 4GB sahaja, tetapi boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD.

Samsung Galaxy J Malaysia

Untuk tujuan rakaman gambar, Samsung menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Peranti ini hadir dengan Android 4.4 KitKat serta menggunakan antaramuka khusus Samsung yang dikenali TouchWiz.

Samsung Galaxy J2 pula bersaiz sedikit besar, hadir dengan skrin 4.7-inci, dan dilengkapi cip empat-teras 1.3GHz. Ia turut menyertakan memori sebanyak 1GB RAM, dan ruangan storan 8gb. Untuk tujuan rakaman gambar, Galaxy J2 menawarkan penawaran seperti Galaxy J1 Ace, iaitu kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Samsung Galaxy J1 Ace ditawarkan di Malaysia pada harga RM399, sementara Galaxy J2 pula berharga RM599. Ia menambah kepada dua lagi telefon pintar sedia ada Samsung, iaitu Galaxy J5 berharga RM799 dan Galaxy J7 yang berharga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Malaysia Mula Menawarkan Galaxy J1 Ace Dan Galaxy J2 – Harga Bermula RM399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info