Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One A9 Akan Hadir Dengan Snapdragon 617 Dan Pengimbas Cap Jari Pada Bulan November

HTC pada tahun ini agak merudum jualannya, salah satu sebabnya adalah kerana peranti flagship mereka yang tidak begitu jauh berbeza dengan HTC One M8 sebelum ini, disamping penggunaan cip MediaTek dan kualiti kamera yang tidak meyakinkan ramai.

Namun, syarikat dari Taiwan ini masih berusaha untuk memenangi hati pengguna, dan dilihat ingin hadir dengan sesuatu yang baru melalui HTC One A9 atau turut dikenali dengan nama kod “Hima Aero”.

Mengikut desas-desus terkini, HTC One A9 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 617. Peranti ini bakal dijana menggunakan memori 2GB RAM, serta ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan mikro-SD.

HTC One A9 ini dikatakan akan menggunakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya, dan turut menyertakan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya. Untuk rakaman gambar, HTC One A9 ini dijangka akan menyertakan 13-megapixel pada bahagian belakang, dan turut melengkapkan ia dengan kamera hadapan 4-Ultrapixel pada bahagian hadapan.

HTC One A9 bakal hadir dalam pilihan 6 warna. HTC dijangka memperkenalkan telefon pintar baru ini pada bulan November kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC One A9 Akan Hadir Dengan Snapdragon 617 Dan Pengimbas Cap Jari Pada Bulan November"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info