Minggu ini menyaksikan beberapa peranti mudah-alih diumumkan, iaitu Meizu Pro 5 dan juga Xiaomi Mi4c. Kedua-duanya dilancarkan di China, dan membawakan sokongan USB Type-C. Meizu mengatakan Pro 5 akan ke Malaysia sekitar November kelak, sementara Xiaomi mengatakan Mi4c hanya khusus untuk pasaran China sahaja buat masa ini.
Selain kedua-duanya, di Malaysia, beberapa peranti baru telah dilancarkan, termasuk Lenovo PHAB Plus, dan juga Honor 7, Leagoo Elite 1 – selain beberapa peranti hibrid daripada Acer.
Beberapa aplikasi baru turut hadir pada minggu ini, termasuk Khan Academy untuk Android, dan juga Google Keep untuk iOS.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Meizu Pro 5, Xiaomi Mi4c, Pebble Time Round"