Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Desire 12/12+ Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Pertengahan Dengan Skrin Nisbah 18:9

HTC hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah keluarga Desire, iaitu HTC Desire 12 dan juga HTC Desire 12+. Kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin pada nisbah 18:9, selain dilengkapi sokongan dwi-kamera.

HTC Desire 12

HTC Desire 12 merupakan telefon pintar bersaiz kompak, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi HD+, dilengkapi memori dalam pilihan 2GB atau 3GB RAm, dan storan sehingga 32GB.

HTC Desire 12

HTC Desire 12+ pula hadir dengan skrin 6-inci dengan resolusi HD+, menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, pencahayaan lampu LED hadapan, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Telefon pintar ini juga hadir dengan sistem operasi Android O.

HTC Desire 12

Kedua-dua telefon pintar ini akan diumumkan penawarannya mengikut negara dalam waktu terdekat ini. Harga jualannya masih tidak dikongsikan buat masa ini.

HTC Desire 12



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Desire 12/12+ Diperkenalkan – Telefon Berspesifikasi Pertengahan Dengan Skrin Nisbah 18:9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info