Minggu lalu ada kami laporkan pepijat yang mengakibatkan fail permainan anda rosak sekiranya watak Quiet digunakan pada misi 29 dan 42. Masalah pepijat ini melanda kesemua versi permainan konsol dan juga PC. Pihak Konami memberikan amaran supaya pemain mengelakkan menggunakan watak penembak curi yang hebat ini sebelum mereka memperbaikinya.
Hari ini patch 1.03 dilepaskan oleh Konami buat pengguna PlayStation 4 dan PC. Ianya sebesar 435.8 Megabyte dan boleh dimuat turun sekarang. Menurut Konami fail permainan yang rosak kini boleh disambung selepas memuat turun patch ini. Berita buruknya pula ialah pengguna Xbox One, Xbox 360 dan PlayStation 3 harus menunggu terlebih dahulu untuk patch pada versi permainan mereka. Agak aneh melihat Konami mementingkan pengguna PS4 dan PC lebih dari pengguna Xbox One.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MGSV : TPP – Patch Terkini Menyelesaikan Masalah Fail Permainan Rosak Apabila Menggunakan Quiet"