Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Diumumkan Dengan Sokongan 3D Touch

Apple hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka, termasuk iPad Pro dan juga Apple TV yang baru. Disamping itu, pihak Apple juga turut mengumumkan produk utama mereka dan juga kemaskini kepada keluarga telefon pintar, iaitu Apple iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus.

Dari segi luaran, ia masih menyerupai iPhone 6 sebelum ini, dimana iPhone 6S menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci, sementara iPhone 6S Plus pula menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci. Apple mengatakan kini ia menggunakan logam yang lebih kukuh, bersama-sama dengan skrin yang lebih kuat.

iPhone 6S

iPhone 6S

Menjadi fokus utama pada telefon pintar baru daripada Apple ini adalah sokongan force-touch yang dipanggil oleh pihak Apple sebagai 3D Touch. Menggunakan 3D Touch ini, pengguna boleh mengakses beberapa perkara dengan lebih pantas – terutamanya tugasan harian mereka.

Melalui 3D Touch, pengguna boleh tekan pada skrin pada sesuatu ikon, dan ia akan memaparkan beberapa menu akses pantas. Disamping pada ikon, pengguna juga boleh membuka aplikasi seperti emel, dan menggunakan 3D Touch untuk melihat mesej dalam bentuk pop-up tanpa membuka mesej berkenaan.

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

Disamping itu, penggunaan 3D Touch ini juga diintegrasikan dengan sokongan kamera, membolehkan pengguna merakamkan Live Photos, dan melihatnya pada galeri. Melalui Live Photos, sebuah pilihan baru hadir, membolehkan anda merakamkan gambar dengan tambahan beberapa saat dalam bentuk video – dan boleh menontonnya dengan menekan pada gambar berkenaan.

Bercakap mengenai kamera, kini iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus membawakan kamera belakang 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel. Untuk rakaman selfie, kini Apple menggunakan skrin pada iPhone 6S dan iPhone 6S Plus untuk memaparkan cahaya berwarna putih ketika merakamkan gambar selfie, sekaligus mengelakkan rakaman selfie anda menjadi gelap ketika keadaan malap.

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

Kamera baru daripada Apple ini juga kini menawarkan sokongan rakaman video dalam bentuk 4K. iPhone 6S dan iPhone 6S Plus kedua-duanya akan hadir dengan iOS9 secara terbina. Untuk sokongan Siri, kini ia menyertakan sokongan Hey Siri sepanjang masa, dan tidak lagi terhad ketika ia dihubungkan dengan kabel Lightning sahaja.

Dari segi kemaskini lain, Apple kini menyertakan cip pemprosesan A9 pada telefon pintar ini – yang mana kini turut mengintegrasikan cip M9 terus padanya. Pengimbas cap jari turut ditambah baik kepada Touch ID genrasi kedua yang dikatakan menawarkan sokongan imbasan cap jari yang lebih pantas.

Telefon pintar Apple ini akan ditawarkan dalam empat pilihan warna – termasuk pilihan warna baru dinamakan Rose Gold. Apple mengatakan harga jualan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus akan sama seperti iPhone 6 sebelum ini. Ia akan dijual bermula 25 September ini secara berperingkat di beberapa buah negara. Singapura akan menjadi negara terawal yang menerimanya – dan tiada berita lagi berkenaan penawaran untuk Malaysia buat masa ini.

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S

iPhone 6S



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple iPhone 6S Dan iPhone 6S Plus Diumumkan Dengan Sokongan 3D Touch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info