Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AMD Membentuk Radeon Technologies Group Untuk Memfokuskan Kepada Grafik

AMD SSDAMD telah diura-ura akan membahagikan syarikat mereka sebelum ini, dan hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan pembahagian bahagian grafik khusus yang dinamakan sebagai Radeon Technologies Group. Bahagian ini akan diketuai oleh Raja Koduri.

Melalui Radeon Technologies Group, bahagian ini akan memfokuskan kepada pelbagai perkara berkaitan dengan teknologi grafik pada AMD, termasuk berkaitan discrete GPU, semi-custom, dan produk GPU compute.

Dengan lebih memfokuskan kepada grafik sahaja, bahagian ini dijangka akan dapat berkembang dengan lebih pantas, selain hadir dengan produk yang boleh membawa industri setapak kehadapan. Ini juga mungkin memudahkan lagi fokus pihak AMD terhadap arena baru seperti realiti-maya dan sebagainya.

Walaupun hadir sebagai bahagian operasi berasingan, Raja Koduri, ketua bahagian Radeon Technologies Group ini akan melaporkan diri kepada CEO dan Presiden AMD sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "AMD Membentuk Radeon Technologies Group Untuk Memfokuskan Kepada Grafik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info