Rumah saya mempunyai telefon yang jarang sekali digunakan. Walaupun sudah duduk di rumah ini selama hampir empat tahun nombor telefon rumah sendiri tidak saya hafal. Sejak wujudnya telefon pintar telefon rumah mendapat nasib yang sama seperti telefon awam, dilupakan dan hanya mengumpul debu. Tetapi kadang kala telefon rumah berdering dan saya terlalu malas untuk mengangkatnya. Jika gagang telefon tanpa wayar yang diberikan oleh TM diletakkan di atas meja pula, baterinya akan habis dengan pantas.
Voice Bridge ialah alat yang membenarkan anda melakukan dan menjawab panggilan telefon rumah melalui telefon mudah alih anda. Kotak Voice Bridge disambungkan kepada kabel telefon rumah dan lima peranti mudah alih boleh digunakan sebagai gagang telefon rumah anda. Ia dilakukan melalui teknologi WiFi. Ini pastinya berguna bagi melakukan panggilan dari rumah ke rumah (yang kini percuma sekiranya anda menggunakan talian TM). Pada waktu yang sama jika anda terlepas panggilan pada telefon rumah, notifikasi akan terpampang pada telefon pintar anda. Tiada lagi masalah terlepas panggilan telefon tanpa disedari. Kini nombor telefon rumah lebih berguna dan tidak menjadi tukun sahaja. Berita buruk di sini ialah setakat ini Voice Bridge hanya menyokong peranti iOS. Sokongan peranti Android hanya akan dilakukan pada bulan Oktober manakala pengguna platform lain tidak pula diberitahu. Harga jualan adalah $99 sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Voice Bridge – Membolehkan Anda Menjawab Panggilan Telefon Rumah Dari Peranti Pintar"