Bermula minggu lepas semakin banyak jenama dan perkhidmatan menawarkan diskaun dan promosi bagi meraikan kemerdekaan Malaysia ke-58. Celcom dalam meraikan sambutan ini telah hadir dengan dua pelan FIRST khusus untuknya dan membawakan tawaran internet terbaik untuknya.
Pelan pertama yang diberikan tawaran promosi adalah pelan FIRST One. Untuk tempoh terhad, pelan yang mempunyai harga langganan sebanyak RM68 sebulan telah dikurangkan menjadi RM 48 sebulan menerusi rebat RM20 yang diberikan selagi mana pengguna aktif melanggan. Menerusi pelan ini, kuota data yang diberikan adalah sebanyak 2GB dan sebanyak 60 panggilan dan 60 SMS akan diberikan percuma kepada pelanggan. Dan khusus sempena promosi merdeka ini, pengguna yang mendaftar sebelum 31 Ogos 2015 ini akan menerima tambahan 1GB kuota data internet, menjadikan sejumlah 3GB Internet hanya pada harga langganan RM 48 sebulan. Sekiranya pengguna ingin menambah kuota data, hanya perlu mengirim SMS kepada Celcom.
Pelan kedua yang diberikan tawaran promosi adalah peranti modem PortaWiFi 2.0 beserta pelan internetnya. Sekiranya pengguna mendaftar untuknya dalam masa terhad, peranti modem PortaWiFi tersebut akan diberikan secara percuma dan pelanggan hanya perlu membayar langganan bulanan sebanyak RM 85 berbanding RM100 pada asalnya. Menerusi pelan ini juga, pelanggan bakal memperoleh kuota data internet sebanyak 21GB dan juga tambahan 21GB untuk penggunaan internet menerusi lokasi yang diliputi Celcom WiFi. Bagi anda yang tidak mengetahui mengenai peranti PortaWiFi, ia membolehkan sehingga 10 peranti berhubung dengannya bagi mendapatkan sambungan internet.
Bagi mendaftar promosi yang menarik ini anda perlu mendaftar sebelum 31 Ogos 2015 dan lawati cawangan Celcom atau cawangan Blue Cube berhampiran untuknya. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi Blue Cube berhampiran dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi ini, lawati laman web mereka di www.celcom.com.my.
Penafian: Advertorial dari Celcom
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Daftar Pelan FIRST Khusus Sempena Merdeka Dari Celcom"