Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Peranti Dikatakan Huawei Nexus Tertiris

Terdapat ura-ura mengatakan tahun ini dua peranti Nexus akan dihasilkan. Peranti dengan spesifikasi rendah akan dihasilkan oleh LG manakala versi berspesifikasi lebih tinggi akan dihasilkan oleh Huawei. Tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi dan rekaan peranti Nexus terkini ini diketahui. Hari ini sebuah video yang dikatakan Huawei Nexus tertiris. Ia mempunyai pengimbas cap jari pada panel belakang dan diperbuat daripada bahan matte. Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan. Ia kelihatan seperti sebuah unit prototaip kerana tidak mempunyai kemasan yang baik. Setiap tahun sebuah peranti Nexus baru akan dilancarkan pada bulan November. Hanya ketika itu kita akan mengetahui sama ada peranti di dalam video ini  adalah Huawei Nexus sebenar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Video Peranti Dikatakan Huawei Nexus Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info