Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Stardock Membawa Paparan Menu Klasik Seumpama Windows 7 Ke Windows 10 Melalui Start10

Stardock merupakan salah satu pembangun perisian yang menawarkan beberapa fungsi tambahan kepada pemasangan Windows. Sebelum ini, mereka telah menawarkan Start8 untuk Windows 8 yang menambah menu dan butang Start pada desktop. Kini, dengan pengenalan Windows 10, mereka turut melancarkan perisian terbaru mereka dinamakan sebagai Start10.

Start10

Menggunakan Start10, ia memberikan pilihan kepada para pengguna untuk memilih bentuk paparan menu Start pada Windows 10 – sama ada ingin menyerupai Windows 7, atau mengubahnya mengikut pilihan anda termasuk beberapa pilihan mengubah menu Start mengikut kegemaran pengguna.

Start10 ini hanya ditawarkan untuk pengguna Windows 10 sahaja, dan seperti biasa ia ditawarkan secara berbayar pada harga $4.99. Walaubagaimanapun, bagi anda yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya secara percuma selama 30 hari.

Start10

Start10



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Stardock Membawa Paparan Menu Klasik Seumpama Windows 7 Ke Windows 10 Melalui Start10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info