Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sokongan Android Wear Untuk iPhone Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi

Android Wear merupakan platform yang digunakan dan dibangunkan oleh Google untuk jam tangan pintar. Terdapat pelbagai jam tangan pintar Android Wear di pasaran hari ini yang hadir daripada pelbagai pengeluar, termasuk Samsung, Motorola, LG, Asus dan juga Huawei.

Android Wear sehingga kini hanya eksklusif untuk pengguna Android sahaja, tetapi memandangkan Google sering menawarkan sokongan untuk platform popular lain, mereka turut telah diura-ura akan memperkenalkan sokongan Android Wear untuk iOS sejak beberapa bulan lepas.

MWC2015- Asus Zenwatch -IMG_9882

Kini, ia kedengaran kembali, dan terdapat beberapa sumber mengatakan sokongan untuk iPhone akan diperkenalkan tidak lama lagi. Malah, penyenaraian Huawei Watch yang tertiris sebelum ini memperlihatkan ia akan menyokong iOS 8.2 dan terkini.

Pihak Google masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini. Jika benar Android Wear menyokong iPhone, ini sekaligus akan membolehkan para pengguna iPhone untuk mendapatkan jam tangan pintar Android Wear daripada pelbagai pengeluar di pasaran dan menggunakan ia bersama, serta mengintegrasikan fungsi notifikasi, membalas emel, dan sebagainya padanya.

Seperti biasa, segalanya bergantung kepada pihak Google untuk memperkenalkan sokongan untuknya, disamping pihak Apple yang mengesahkan penerbitan aplikasi pengurus Android Wear di AppStore.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sokongan Android Wear Untuk iPhone Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info