Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) sudah diarahkan menemui wakil dari Google, Twitter dan Facebook bagi menangani masalah penyebaran berita palsu di atas talian. Ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia baru Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di dalam blog beliau hari ini. Menurut beliau lagi pertemuan harus dilakukan kerana penyebaran berita palsu dan khabar angin di atas talian kini semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Beliau turut berkata setakat ini kerjasama yang diberikan oleh ketiga-tiga laman ini kepada permintaan kerajaan Malaysia adalah baik. Sebagai contoh 81% permintaan dari pihak SKMM untuk membuang kandungan dianggap yang dianggap sensitif dipatuhi oleh pihak Facebook tahun lalu. Tetapi pada pendapat beliau mereka harus mempertimbangkan usaha untuk mengawal apa yang boleh diakses di masa hadapan. Ini harus dilakukan kerana kerajaan tidak mahu menghalang akses kepada ketiga-tiga laman ini kerana menyedari ianya penting untuk kehidupan majoriti penduduk Malaysia. Penyebaran berita palsu dan khabar angin menurut beliau lagi boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini dan mungkin menjejaskan keselamatan awam.
Nampaknya pihak kerajaan semakin serius dalam membanteras penyebaran berita palsu dan khabar angin di atas sejak kebelakangan ini. Sebagai rakyat Malaysia kami merasakan tindakan membanteras kepalsuan ini adalah usaha yang baik tetapi pada masa yang sama penyebaran berita kurang tepat oleh media arus perdana juga harus dilakukan. Rakyat semakin bijak dan kritikal terhadap apa yang dilaporkan. Keadilan dalam melaporkan “berita” haruslah saksama tidak kira media sosial mahupun arus perdana.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SKMM Akan Bertemu Google, Twitter Dan Facebook Bagi Menentang Penyebaran Berita Palsu Di Atas Talian"