Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Ingin Menawarkan Kemaskini Sekuriti Untuk Android Setiap Bulan Secara Berkala

Akhir-akhir ini, beberapa masalah kerentanan sekuriti telah ditemui yang mana membuatkan sejumlah peranti yang digunakan pengguna terjejas. Kini, menjawab mengenainya, Samsung mengatakan mereka akan mengimplementasi sebuah proses kemaskini sekuriti Android baru untuk peranti mereka.

Melalui apa yang dirancang Samsung, mereka ingin menawarkan kemaskini sekuriti setiap bulan, sekaligus membolehkan mereka mengatasi pelbagai kerentanan dengan lebih pantas.

Samsung mengatakan memandangkan perisian sering mempunyai kerentanan, mereka ingin membangunkan kaedah pantas untuk memperkenalkan kemaskini dan patch sekuriti untuknya. Samsung ingin memberikan pengalaman penggunaan yang baik kepada para pelanggan mereka melalui pengenalan proses ini.

Samsung kini sedang dalam perbincangan dengan syarikat telekomunikasi seluruh dunia dalam memperkenalkan kaedah kemaskini sekuriti baru ini, dan akan berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Ingin Menawarkan Kemaskini Sekuriti Untuk Android Setiap Bulan Secara Berkala"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info