Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Memperkenalkan Dua Cip Pemprosesan Berkuasa Tinggi Dibawah Keluarga Intel Core Generasi Ke-6

Kita telah mendengar beberapa kali berkenaan dengan cip pemprosesan dibawah nama kod “Skylake” sebelum ini, dan hari ini, pihak Intel secara rasminya memperkenalkan dua pemprosesan dibawah keluarga tersebut, atau lebih dikenali sebagai keluarga cip Intel Core generasi ke-6. Kedua-dua cip pemprosesan yang diperkenalkan adalah untuk desktop dan memfokuskan kepada pengemar desktop dan gaming serta multimedia.

Intel Skylake

Dua cip pemprosesan yang telah diperkenalkan oleh Intel dibawah keluarga Core Generasi Ke-6 ini adalah Intel Core i7-6700K dan juga Intel Core i5-6600K. Kedua-duanya menyokong cipset Intel Z170 – sekaligus membuatkan para pengguna memerlukan papan induk baru untuk menggunakannya.

Intel Core i7-6700K ini hadir dengan kuasa pemprosesan sehingga 4.0Ghz dan merupakan cip berkuasa tinggi dengan rekaan 14-nanometer. Beberapa laporan turut mengatakan cip ini menyokong overcloacking sehingga 5Ghz. Intel juga mengatakan ia membawakan sokongan penuh untuk memori DDR4.

Sejumlah rakan kerjasama Intel telah diumumkan yang akan memperlihatkan sistem menggunakan platform baru ini, termasuk Asus, Gigabyte, MSI, dan sebagainya. Intel dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai keluarga Intel Skylake ini pada acara IDF (Intel Developer Forum) yang akan diadakan pada 18 Ogos kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Memperkenalkan Dua Cip Pemprosesan Berkuasa Tinggi Dibawah Keluarga Intel Core Generasi Ke-6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info