Rockstar Editor ialah fungsi menarik yang membolehkan pemilik menghasilkan filem mereka sendiri menggunakan aset permainan GTA V. Fungsi ni hanya wujud pada versi PC buat masa ini. Tetapi kepada pengguna konsol anda tidak perlu merasa anda di anak tirikan lagi kerana ia akan hadir pada PlayStation 4 dan Xbox One bulan hadapan. Kini ada juga boleh menjadi pengarah filem GTA V anda sendiri di masa hadapan. Di Malaysia kami ada menemui beberapa pengarah machinima tempatan yang kreatif. Ada beberapa video karaoke lagu rock melayu dihasilkan menggunakan aset GTA IV dan ianya agak kelakar. Jadi dengan adanya Rockstar Editor kelak diharap akan wujud pula machinima baru menggunakan GTA V. Kepada pemilik PlayStation 3 dan Xbox 360, konsol anda tidak lagi disokong. Mungkin ini petanda bahawa anda harus memiliki konsol generasi terkini. Kepada yang tidak pernah melihat machinima karaoke GTA IV yang kami katakan di atas, videonya ada di bawah
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rockstar Editor Untuk GTA V Akan Hadir Pada Konsol Bulan Hadapan"