Pengumuman Apple sehingga kini biasanya terhad kepada pengguna produk Apple sahaja, dimana ia akan memerlukan pengguna menggunakan peranti seperti iPhone, iPad, AppleTV, ataupun menggunakan Safari pada komputer mereka. Kini, untuk acara pada 9 September kelak, perkara tersebut berubah.
Melalui halaman siaran langsung untuk 9 September kelak, Apple turut menyenaraikan Microsoft Edge pada Windows 10 sebagai platform yang disokong, sekaligus membolehkan pengguna Windows 10 seluruh dunia menonton siaran langsung pengumumannya.
Apple pada tahun ini juga turut telah mengumumkan Apple Music yang akan hadir ke platform Android – walaupun secara menyeluruh, Apple Music masih tidak begitu diminati pengguna Apple (yang ditemui oleh saya).
Bagi anda yang ingin menonton siaran langsung pengumuman Apple pada 9 September, boleh tandakan halaman khas yang disediakan Apple, dan melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengumuman Apple Pada 9 September Turut Boleh Ditonton Langsung Pengguna Windows 10 Melalui Microsoft Edge"