Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Menjual HERE Kepada Audi, BMW Dan Mercedes Pada Harga RM11.83 Bilion

Nokia hari ini secara rasminya mengumumkan transformasi syarikat mereka untuk fasa seterusnya dengan menjual bahagian pemetaan HERE mereka kepada konsortium automotif yang disertai oleh Audi AG, BMW Group dan juga Daimler AG (pemilik Mercedes). Penjualan HERE kepada konsortium ini melibatkan transaksi bernilai EUR 2.8 bilion (~RM11.83 bilion).

Bagi yang tidak mengenali akan HERE, ia merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan yang sedia digunakan oleh sejumlah kenderaan di dunia, selain turut ditawarkan sebagai aplikasi untuk Android, iOS dan juga Windows Phone. HERE juga sedia popular dengan penawaran peta dan navigasi secara offline – yang amat berguna ketika berada di luar negara atau kawasan dengan liputan internet yang lemah.

Nokia mengatakan dengan penjualan ini, mereka akan terdiri daripada dua bahagian perniagaan iaitu Nokia Networks dan juga Nokia Technologies.

Nokia Networks akan meliputi perkhidmatan infrastruktur rangkaian dan telekomunikasi, sementara Nokia Technologies akan meliputi pembangunan teknologi maju dan perlesenan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Menjual HERE Kepada Audi, BMW Dan Mercedes Pada Harga RM11.83 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info