Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Watch Urbane Luxe Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Android Wear Versi Mewah Daripada LG

LG sebelum ini telah memperkenalkan LG Watch Urbane yang merupakan jam tangan pintar berbentuk bulat dan hadir dengan rekaan seumpama jam tangan klasik. Kini, mereka turut bekerjasama dengan REEDS Jewelers untuk hadir dengan versi mewah jam tangan pintar berkenaan, dinamakan LG Watch Urbane Luxe.

LG Watch Urbane Luxe

LG Watch Urbane Luxe ini menggunakan sistem operasi Android Wear, dan hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja di dunia. Jam tangan pintar ini menggunakan kerangka emas 23k, dan membawakan tali jam tangan yang menggunakan kulit buaya.

LG Watch Urbane Luxe

Jikalau mengikut spesifikasi sama seperti LG Watch Urbane sebelum ini, ia menggunakan skrin bulat 1.3-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Gh, memori 512MB RAM, dan ruangan storan 4GB.

Jam tangan pintar ini akan dijual pada harga $1200 (~RM5000).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LG Watch Urbane Luxe Diperkenalkan – Jam Tangan Pintar Android Wear Versi Mewah Daripada LG"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info