Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Astro Dilaporkan Mungkin Melancarkan Saluran E-Sukan Yang Kekal

Astro merupakan salah satu penyiar siaran televisyen berbayar di Malaysia. Sebelum ini, Astro telah menyertai dalam penyiaran e-sukan, dimana mereka menyiarkan beberapa pertandingan terpilih melalui saluran 808 pada Astro – dan saluran berkenaan akan menjadi tidak aktif selepas sesuatu pertandingan tersebut berakhir.

Kini, bergerak kehadapan, Astro dilaporkan merancang untuk hadir dengan sebuah saluran kekal untuk e-sukan tidak lama lagi. Perkara ini dikongsikan oleh Astro kepada Digital News Asia.

Astro sebelum ini telah menyertai arena penyiaran e-sukan melalui The International 2015 DoTA 2 yang memperlihatkan leih 1.5 juta penonton menonton melalui saluran berkenaan. Sejak daripada itu, beberapa pertandingan lain turut telah dipertontonkan melalui saluran Astro berkenaan.

Dengan saluran khusus, kita akan dapat melihat lebih banyak kandungan yang diterbitkan mahupun disiarkan melalui saluran berkenaan kelak – yang mana tidak terhad kepada permainan DoTA 2 dan LOL (League of Legends) sahaja, sebaliknya lebih banyak permainan e-sukan yang lain.

Arena e-sukan sendiri telah menerima perhatian ramai sejak daripada setahun dua yang lepas, termasuk pihak kerajaan sendiri yang menubuhkan pasukan e-sukan yang dinamakan Taring.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Astro Dilaporkan Mungkin Melancarkan Saluran E-Sukan Yang Kekal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info