Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ketahui Slot Zon Bual Bicara Di Acara Bahtera Minggu Ini

Acara Bahtera yang menghimpunkan pelbagai aktiviti serta seminar berkaitan keusahawanan dibawah satu bumbung bakal berlangsung pada hari Rabu dan Khamis minggu ini. Selain dari 42 sesi perkongsian ilmu yang berlangsung serentak di Zon Ilmiah, Zon Bual Bicara bakal membawakan lebih dari 10 personaliti usahawan terkemuka yang bakal berkongsi tips yang lebih umum, baik dalam format diskusi dan juga format ceramah.

Antara sesi yang harus disertai termasuklah ‘Dari Malaysia ke Persada Dunia’ yang mengetengahkan panelis yang berjaya membawa produk ke mata dunia seperti Nizam Razak dengan Animasi Boboiboy, Juhaidah Joemin dari studio Giggle Garage, Nur Fareena dengan produk kosmetik Aurawhite dan juga Fadrol dengan produk kopi Fikrisz. Antara sesi lain termasuklah sesi bersama Khairy Jamaluddin bagi sesi memfokuskan belia, dan sesi bersama CEO iFlix, iaitu Azran Osman Rani yang juga bekas CEO AirAsia X.

bahtera zon ilmiah

Masih lagi tidak terlambat untuk mendaftar bagi acara Bahtera ini dimana kemasukan adalah percuma dan acara pada hari Rabu dan Khamis ini akan berlangsung di KL Convention Centre. Selain dari Zon Bual Bicara dan juga Zon Ilmiah, terdapat lagi empat zon di acara ini.

Daftar: Bahtera 

Penafian: Advertorial dari National Strategy Unit.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Ketahui Slot Zon Bual Bicara Di Acara Bahtera Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info