Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Moto 360 Generasi Baru Tertiris – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Moto 360 merupakan salah satu jam tangan pintar yang mencuri perhatian ramai, apatah lagi dengan rekaan awal berasaskan skrin bulat melaluinya. Kini, selang setahun, Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo sedang dalam proses persiapan untuk mengumumkan Moto 360 generasi baru.

Moto 360 2015

Moto 360 generasi baru ini masih membawakan rekaan skrin bulat, tetapi membawakan beberapa perubahan kecil pada rekaan, termasuk penawaran tali jam yang berbeza, serta perubahan butang fizikal ke posisi “pukul dua”. Beberapa desas-desus turut mengatakan ia mungkin hadir dalam dua saiz berbeza.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Moto 360 akan diumumkan. Memandangkan minggu hadapan kita akan melihat acara IFA 2015 diadakan dengan pengumuman pelbagai produk baru, maka terdapat beberapa desas-desus mengatakan Lenovo mungkin mengumumkannya ketika itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Gambar Moto 360 Generasi Baru Tertiris – Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info