Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia – Dilihat Kini Boleh Diuji Bersama Pixelbook

Ingatkah lagi dengan sistem operasi misteri yang sedang dibangunkan oleh Google, dinamakan Fuchsia? Nampaknya, pembangunannya masih aktif dan tidak dilupakan. Sistem operasi yang dilabelkan sebagai sebuah projek eksperimental ini kini dilihat telah boleh mula diuji oleh pengguna pada Pixelbook – iaitu Chromebook keluaran Google.

Daripada dokumentasi Fuchsia, ia dilihat kini pembangun boleh memasang Fuchsia pada Pixelbook, dan menguji sistem operasi berkenaan.

Sehingga kini, Google tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan sistem operasi Fuchsia ini. Namun, memandangkan ia dibangunkan dibawah lesen sumber terbuka, komuniti boleh melihat dan mengikuti pembangunannya secara terbuka. Pemasangannya pada Pixelbook dilihat sedikit berbeza dan mungkin sukar berbanding pemasangan sistem operasi sumber terbuka yang lain.

Berbeza dengan sistem operasi Android dan Chrome OS yang menggunakan kernel Linux biasa, untuk Fuchsia, ia menggunakan mirko-kernel yang dibangunkan Google, iaitu Zircon.

Ia tidak diketahui lagi apakah perancangan jangka masa panjang Google untuk sistem operasi ini. Namun, apa yang dapat dilihat adalah berkemungkinan Google dengan penawaran sokongan Fuchsia untuk Pixelbook, mereka ingin memperlihatkan yang mana sistem operasi ini bukan sekadar untuk peranti berhubung, tetapi juga untuk komputer berspesifikasi tinggi.

Seperti biasa, kita mungkin mendengar perkembangan lanjut sistem operasi ini dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia – Dilihat Kini Boleh Diuji Bersama Pixelbook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info