Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Lenovo Yoga Tab 3 Tertiris – Memperlihatkan Penyertaan Rekaan Kamera Berputar

Ketirisan peranti sebelum ia diumumkan kini telah menjadi salah satu perkara biasa dalam dunia teknologi hari ini. Terkini, dengan Lenovo yang sedang bersiap untuk pengumuman bersempena IFA 2015 pada bulan September, salah satu peranti baru yang tertiris ke arena web adalah tablet mereka, Lenovo YOGA Tab 3.

YOGA Tablet 3

Ia mengekalkan rekaan seumpama YOGA Tablet 2 sebelum ini, dimana ia membawakan rekaan peranti yang boleh disesuaikan mengikut keadaan – sama ada menegakkan, menggantung ia, ataupun menggunakannya sebagai tablet biasa.

Pada YOGA Tablet 3 ini, Lenovo dilihat turut menyertakan kamera pada bahagian pemutarnya, sekaligus membolehkan kamera turut diselarikan berdasarkan kepada kedudukan peranti berkenaan.

Dengan pengenalan versi baru juga, kita mungkin akan dapat melihat pengenalan pelbagai spesifikasi baru bersama-sama dengannya. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Lenovo akan mengekalkan pengenalan versi Pro dengan penyertaan projektor ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Gambar Lenovo Yoga Tab 3 Tertiris – Memperlihatkan Penyertaan Rekaan Kamera Berputar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info