Penggunaan dron tanpa pemandu semakin popular di dalam bidang ketenteraan kerana ianya jauh lebih murah dan selamat berbanding menghantar anggota tentera. Amerika Syarikat sedang mengungguli penggunaan teknologi dron yang dipelopori oleh Israel. Saiz dron yang lebih kecil turut menyukarkannya untuk dikesan menggunakan radar ataupun dilihat. Sebelum ini kami melaporkan penggunaan dron CARACaS (Control Architecture for Robotic Agent Command and Sensing) dimana 13 dron mengawal sebuah kapal laut tentera Amerika Syarikat secara automatik dari serangan musuh. Kini giliran tentera udara mereka pula untuk mempunyai sekumpulan dron terbang yang dilancarkan dari sebuah pesawat induk.
Gremlins ialah program yang baru diumumkan oleh DARPA (Defense Advanced Research Projects Agency) yang mahukan sistem dron yang boleh dilancarkan dari pesawat induk dan kemudian mendarat semula ke dalamnya sebelum misi berakhir. Dron program Gremlins harus mampu dilancarkan oleh pelbagai jenis pesawat dari pesawat pejuang, pengebom dan juga pengangkut. Dron-dron yang dilancarkan ini kemudian akan melakukan intipan, pengawasan dan memberikan maklumat terkini sebelum pesawat induk memasuki ruang udara musuh.
Antara keperluan lain yang ditetapkan DARPA ialah dron boleh digunakan sebanyak 20 kali sebelum dilupuskan, memerlukan tempoh selenggara kurang 24 jam selepas setiap misi dan paling penting sekali tidak memakan kos yang tinggi. Program Gremlins ini mengingatkan kami kepada dron pertahanan Arkbird dari permainan video Ace Combat 5. Siapa sangka teknologi fiksyen permainan video tahun 2004 kini bakal menjadi realiti.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "DARPA Mengumumkan Program Gremlins – Skuadron Dron Yang Dilancarkan Dari Pesawat Induk"