Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dan KT Corp Bekerjasama Untuk Melancarkan Sambungan LTE-R Di Dalam Keretapi Kelajuan Tinggi

Teknologi sambungan internet mudah-alih LTE boleh dikatakan cukup laju untuk kegunaan peranti mudah-alih. Akan tetapi, ia mempunyai beberapa kelemahan tersendiri, dan salah satu daripadanya ialah ia tidak stabil apabila anda berada didalam kenderaan yang bergerak dengan sangat laju.

Baru-baru ini, Samsung bekerjasama dengan KT Corp, ataupun Korea Telecom untuk melancarkan sebuah teknologi LTE yang dinamakan LTE-R, ataupun LTE Railway di dalam keretapi kelajuan tinggi baru Korea Selatan, yang dinamakan Wonju-Gangneung.

Keretapi ini dibina bersempena acara Olimpik Musim Salji, dan akan digunakan untuk membawa pelancong, para pegawai dan ahli sukan di sekitar negara tersebut. Teknologi LTE-R ini dikatakan bukan sahaja mampu menampung jumlah sambungan yang tinggi, tetapi juga mampiu mengekalkan kelajuan maksima LTE walaupun keretapi tersebut sedang bergerak pada kelajuan 250km/j.

Sistem LTE-R ini juga dikatakan akan beroperasi di sepanjang tujuh stesen keretapi Wonju-Gangneung, dan hadir dengan sokongan untuk teknologi perhubungan yang lama, termasuklah Trunked Radio System, VHF dan rangkaian keselamatan umum PS-LTE.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dan KT Corp Bekerjasama Untuk Melancarkan Sambungan LTE-R Di Dalam Keretapi Kelajuan Tinggi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info