IFA merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun pada bulan September, dimana pelbagai syarikat menyertainya dan mengumumkan pelbagai produk baru untuk pasaran global. Pada tahun ini, seperti biasa ia kembali, dan kini Asus telah menerbitkan sebuah teaser untuk produk yang bakal diumumkan oleh mereka.
Daripada video yang diterbitkan Asus, mereka memperlihatkan monitor pada awalnya, selain turut memberikan petanda untuk pengenalan telefon pintar baru dan juga jam tangan pintar baru.
IFA 2015 akan dimulakan pada 2 September 2015 ini, dan kita mungkin akan melihat Asus mengumumkannya pada atau beberapa hari sebelum tarikh berkenaan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Memperlihatkan Teaser Untuk IFA 2015 Dengan Beberapa Peranti, Termasuk Jam Tangan Pintar"