Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon Diumumkan – Hadir Dengan Snapdragon 810, 4GB RAM, Audio HiFi, Paparan Quad HD

ZTE pada awal tahun ini telah memperkenalkan Blade S6 yang kelihatan agak menarik, dan kini di Amerika Syarikat, pengeluar peranti dari China ini turut telah melancarkan satu lagi telefon baru mereka, dinamakan sebagai ZTE Axon.

ZTE Axon

ZTE Axon ini merupakan telefon pintar berspesifikasi tinggi daripada ZTE, tetapi pada harga yang sedikit rendah berbanding beberapa peranti flagship lain di pasaran. Pada masa yang sama, Axon ini merupakan jenama flagship baru daripada ZTE, dimana mungkin mereka ingin posisikan jenama mereka dengan lebih baik di pasaran melalui penggunaan jenama baru ini.

ZTE Axon ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci yang menyertakan paparan resolusi Quad HD (2560×1440 pixel). Untuk pemprosesan, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810 yang dikemaskini pada kelajuan 2.0Ghz. Peranti ini turut menyertakan memori sebanyak 4GB RAM, serta ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar yang membawakan rekaan berasaskan logam ini menyertakan kamera belakang dwi-lensa 13-megapixel dan 2-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Beberapa mod rakaman khusus turut disertakan, termasuk rakaman video 4K pada kadar 30fps.

Pada bahagian perisian, ZTE menggunakan Android 5.1 Lollipop pada peranti ini, dan menariknya mereka mengekalkan antaramuka asal Android dengan beberapa penambahan minima seperti fungsi-fungsi tambahan dan beberapa aplikasi tambahan. ZTE turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan audio HiFi.

Buat masa ini, ZTE hanya mengumumkan telefon pintar ini untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan untuk pasaran antarabangsa. ZTE Axon ditawarkan pada harga $499 (~RM1898) di Amerika Syarikat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Axon Diumumkan – Hadir Dengan Snapdragon 810, 4GB RAM, Audio HiFi, Paparan Quad HD"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info