Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 5 Mungkin Diperkenalkan Seawal 12 Ogos

Beberapa laporan sebelum ini telah hadir mengatakan Samsung akan memperkenalkan phablet dengan stylus mereka tersebut seawal pertengahan Ogos ini. Kini, laporan baru hadir daripada SamMobile mengatakan Galaxy Note 5 berkenaan akan diperkenalkan seawal 12 Ogos ini.

Penjualan Galaxy Note 5 pula disasarkan dalam tempoh lebih kurang dua minggu selepas itu, iaitu sekitar 21 Ogos. Jika hal ini benar, dan memandangkan Malaysia antara pasaran utama untuk Samsung, maka tidak mustahil untuk ia turut mula dijual di Malaysia beberapa minggu selepas pelancaran rasminya.

Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, Galaxy Note 5 dikatakan akan menggunakan rekaan lebih kurang sama seperti Galaxy S6 – iaitu kaca pada bahagian belakang, selain turut menggunakan cip Exynos serta memori 4GB RAM. Ia turut dikatakan S-Pen pada Galaxy Note 5 akan membawakan beberapa perubahan kecil dan lebih menyerupai dan memberikan pengalaman seumpama pena betul.

Disamping Galaxy Note 5, Samsung juga turut dijangka memperkenalkan Galaxy S6 Edge+ pada tarikh yang sama, dimana ia akan menjadi phablet berasaskan rekaan Galaxy S6, dan tidak menyertakan stylus.

Buat masa ini, Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya, dan jika benar ia akan berlangsung dalam masa kurang sebulan, maka kita mungkin akan mendengar ia secara rasmi daripada gergasi Korea Selatan ini dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Samsung Galaxy Note 5 Mungkin Diperkenalkan Seawal 12 Ogos"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info