Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SpaceProb.es Memudahkan Anda Mengetahui Info Asas Mengenai Prob-Prob Angkasa Dan Misi Mereka

Topik mengenai prob angkasa merupakan salah satu perkara yang hangat dibincangkan akhir-akhir ini, apatah lagi sejak New Horizons yang berjaya menghantar kembali beberapa data awal berkaitan Pluto baru-baru ini. Untuk makluman, New Horizons merupakan salah satu prob yang berlegar di angkasa, selain daripada sejumlah prob-prob yang lain.

SpaceProbes

Prob angkasa merupakan salah satu kapal angkasa yang dikawal secara robotik, dan ia menjelajah angkasa untuk menjayakan sesuatu misi yang ditetapkan – seperti menjelajah dan mengumpulkan data bulan, menuju ke sesuatu planet dan sebagainya.

Dengan pelbagai prob di luar sana, mungkin ada sesetengah pengguna yang ingin mendapatkan maklumat asa mengenai sesuatu prob angkasa. Laman SpaceProb.es memudahkan proses berkenaan, dimana ia disusun dengan kemas – malah pengguna boleh memilih untuk memaparkannya mengikut jarak ataupun mengikut masa pelancaran.

Disamping itu, untuk setiap prob juga, ia mengumpulkan data semasa – seperti berita berkaitan dan sebagainya, serta memaparkan misi yang sedang dituju atau dilaksanakan oleh prob angkasa berkenaan. Pengguna juga boleh mengikuti tarikh-tarikh penting berkaitan prob dan misi berkenaan melalui halaman setiap prob tersebut.

Jika anda meminati dunia sains angkasa, mungkin anda boleh menyemak laman ini, dan mengikuti dengan lebih dekat setiap misi yang sedang dijalankan oleh pelbagai agensi angkasa seluruh dunia.

SpaceProbes

Layari : SpaceProb.es


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SpaceProb.es Memudahkan Anda Mengetahui Info Asas Mengenai Prob-Prob Angkasa Dan Misi Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info