Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note 5 Bakal Hadir Dengan Memori 4GB RAM

Pada tahun ini, telefon pintar dengan memori 4GB RAM telah menjadi salah satu fokus utama, dimana antara peranti yang dipasarkan hari ini adalah Asus Zenfone 2, selain OnePlus 2 yang bakal dilancarkan. Kini, ia turut dilaporkan Samsung akan menggunakan memori 4GB RAM pada Galaxy Note 5 kelak.

Samsung Galaxy Note 4 PICS 004

Galaxy Note 5 dikatakan akan menggunakan memori 4GB LPDDR4 RAM, sekaligus memudahkan lagi pengguna membuat multi-tasking pada telefon pintar mereka, selain menjalankan pelbagai aplikasi pada masa yang sama. Untuk pemprosesan, Samsung dijangka menggunakan Exynos 7422 pada telefon pintar ini yang berasaskan kepada 64-bit.

Galaxy Note 5 merupakan salah satu telefon pintar Android yang menjadi fokus ramai pengguna, memandangkan beberapa ciri-ciri yang sering ditawarkan oleh Samsung, termasuk salah satunya adalah sokongan S-Pen. Dengan kualiti rakaman gambar yang baik pada Note 4 dan Galaxy S6, kita mungkin dapat melihat ia dikekalkan pada Galaxy Note 5 kelak.

Samsung sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 5 pada IFA 2015 sekitar September, tetapi pada minggu lepas ia turut dikatakan Samsung mungkin menjadikan pengenalannya lebih awal, iaitu sekitar pertengahan Ogos 2016 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note 5 Bakal Hadir Dengan Memori 4GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info