Honor Malaysia hari ini telah mengadakan acara media khas mereka, memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang menawarkan prestasi lebih baik pada harga bawah RM1000, iaitu Honor 5C. Peranti ini akan boleh dipra-tempah melalui laman jualan VMall dan juga Lazada bermula daripada 20 Jun 2016 ini.
Honor 5c merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5.2-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 650. Pihak Honor sendiri memfokuskan kepada penggunaan Kirin 650 yang direka menggunakan teknologi 16nm – sekaligus hadir dengan prestasi yang baik serta penjimatan penggunaan bateri.
Untuk pasaran Malaysia, Honor 5c hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Pengguna boleh memperluaskan storan peranti mereka sehingga kepada 128GB melalui penggunaan kad mikro-SD.
Bagi tujuan rakaman gambar, peranti ini dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Honor menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang bagi tujuan sekuriti dan akses pantas ke beberapa perkara seperti menatal gambar mahupun notifikasi.
Di Malaysia, Honor 5C akan dijual pada harga RM799 bagi warna kelabu dan perak. Untuk warna emas, Honor 5c dijual pada harga RM849. Seperti peranti Honor lain, pengguna turut boleh mendapatkan jaminan tukar ganti satu-ke-satu untuk tempoh 6 bulan pertama.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 5C Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM799"