Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Folder – Peranti Android Boleh Lipat Dengan Skrin 3.8″

Samsung Galaxy Folder, sebuah peranti Android boleh lipat baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Korea Selatan. Seperti LG Gentle peranti Android 5.1 ini mensasarkan pengguna yang masih mahu menggunakan peranti dengan rekaan klasik. Tidak banyak diketahui mengenai peranti ini selain skrin sesentuh 3.8″, RAM sebesar 1.5 Gigabyte, kamera utama 8 Megapixel, kamera hadapan 2 Megapixel dan bateri sebesar 1800 mAh. Muatan dalaman adalah 8 Gigabyte dengan sokongan penambahan memori dalaman sehingga 128 Gigabyte mengggunakan kad MikrosSD.

Samsung Galaxy Folder bukanlah peranti Android boleh lipat pertama dari Samsung. Sebelum ini mereka menghasilkan Galaxy Golden pada tahun 2013 dan Samsung W999 pada tahun 2012. Kedua-dua peranti ini setahu kami tidak pernah memasuki pasaran tempatan maka bolehlah diandaikan Galaxy Folder juga mungkin tidak akan boleh dibeli di Malaysia.

Samsung-Galaxy-Folder-1

Samsung-Galaxy-Folder-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Folder – Peranti Android Boleh Lipat Dengan Skrin 3.8″"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info