Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MAXFAS – Kerangka Luaran Yang Membantu Askar Menembak Dengan Lebih Tepat

Call of Duty Advanced Warfare muncul tahun lalu kami ada menulis artikel tentang teknologi masa hadapan yang dipaprkan di dalam permainan video ini yang sebenarnya sedang dibangunkan sekarang. Antara yang kami paparkan ialah kerangka luaran (exoskeleton) yang dipakai bagi menambah kekuatan anggota tentera. Tahukah anda ianya sudah dibangunkan untuk tentera Amerika Syarikat dan diberi nama HULC (Human Universal Load Carried).  Dengan memakai HULC seorang askar mampu membawa lebih banyak peralatan di medan perang tanpa tubuh menjadi penat sekaligus memastikan mereka berfungsi sebagai mesin membunuh yang efektif.

MAXFAS-1

Sebuah lagi kerangka luaran sedang dibangunkan dan ia akan membantu askar menembak dengan lebih tepat. Mobile Arm eXoskeleton for Firearm Aim Stabilization (MAXFAS) yang masih di dalam tahap prototaip dipakai pada bahagian tangan. Kerangka ini menghalang pergerakan pada tangan ketika membidik sasaran. Pergerakan kecil ini akan membuatkan tembakan gagal menemui sasaran terutamanya jika membidik sasaran yang jauh. Sistem motor dan kabel MAXFAS mengesan pergerakan dan menarik semula tangan ke posisi yang betul. Tangan menjadi lebih stabil, tiada pergerakan akan berlaku dan bidikan terhadap musuh akan menjadi tepat.

Kenapa MAXFAS diperlukan? Ketika di medan perang tubuh askar akan menerima rembesan Adrenalin yang tinggi. Kesan sampingan ialah tangan akan menggigil dan ini akan menyukarkan proses menembak. Dengan adanya kerangka luaran ini masalah kesukaran membidik dengan tepat di dalam situasi peperangan akan dihapuskan. Dengan kata lain Aimbot yang memudahkan anda menembak di dalam permainan video kini wujud di dunia sebenar.

MAXFAS pada asalnya dibangunkan di University of Delaware untuk digunakan oleh mangsa serangan angin ahmar. Ia boleh membantu menstabilkan tangan pesakit dan menjadi alat rawatan fisioterapi. Pihak tentera Amerika Syarikat melihat potensinya sebagai peralatan peperangan. Ironi di sini ialah MAXFAS dicipta untuk mengubati kecacatan pada tubuh manusia kelak akan digunakan untuk mencacatkan (serta membunuh) manusia lain.

MAXFAS-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MAXFAS – Kerangka Luaran Yang Membantu Askar Menembak Dengan Lebih Tepat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info