Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerentanan Stagefright – Sony Xperia Z3, Z3 Compact & Z2 Mula Menerima Kemas Kini Sekuriti

Masalah kerentanan Stagefright adalah masalah serius peranti Android. Ia membolehkan penggodam menggodam dan mengakses data pada telefon Android anda dengan menggunakan hanya MMS sahaja. Peranti di dalam keluarga Sony Xperia Z adalah antara yang terdedah kepada masalah ini. Pihak Sony sudahpun mengeluarkan kemas kini sekuriti versi 23.4.A.0.580 untuk Sony Xperia Z3, Z3 Compact dan Z2 bagi menyelesaikan masalah Stagefright. Buat masa ini ia hanya boleh dimuat turun oleh pengguna di negara Eropah. Saiz kemas kini adalah kecil iaitu hanya sebesar 2.6 Megabyte. Kami akan melaporkan kehadiran kemaskini sekuriti ini untuk peranti di Malaysia. Buat masa ini kita hanya boleh mengharap peranti yang terdedah kepada masalah ini tidak digodam. Kepada yang masih kurang pasti sama ada peranti anda mempunyai kerentanan, sila ikuti pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi memeriksa peranti anda.

Z3-Stagefright

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerentanan Stagefright – Sony Xperia Z3, Z3 Compact & Z2 Mula Menerima Kemas Kini Sekuriti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info