Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Logo Facebook Diubah Dengan Muka Taip Baru

Anda mungkin tidak menyedarinya tetapi logo laman media sosial nombor satu dunia Facebook baru sahaja diubah 1 Julai yang lalu. Logo baru ini menukar muka taip Klavika yang telah digunakan sejak 2005 dengan muka taip yang direka khas. Perbezaan adalah ianya lebih bulat dan dikatakan lebih mudah untuk dibaca pada skrin peranti mudah alih. Tahun lalu Facebook mengumumkan hampir 70% kutipan pengiklanan mereka diterima melalui penggunaan aplikasi. Lebih dari 1/3 pengguna pula mengaku hanya melayari Facebook menerusi aplikasi dan bukan lagi komputer desktop. Tahun demi tahu jumlah pengguna aplikasi semakin meningkat dan penggunaan muka taip lebih mesra skrin peranti mudah alih ini menunjukkan perbezaan trend penungguan sejak sedekad yang lalu.

Apakah pendapat anda mengenai logo terbaru Facebook ini? Adakah anda menyukai perubahan yang dilakukan. Harus kami akui sebenarnya sekilas pandang kami langsung tidak menyedari perubahan dilakukan.

facebook_2015_logo_comparison



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Logo Facebook Diubah Dengan Muka Taip Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info