Sony telah memperlihatkan set realiti-maya mereka sebelum ini, dan menamakannya sebagai PlayStation VR. Kini, bersempena E3, pihak Sony berkongsi lanjut mengenainya, mengatakan ia bakal dilancarkan kepada umum pada 13 Oktober kelak.
PlayStation VR merupakan set realiti-maya yang dipakai pada kepala, dan pengguna boleh menikmati pelbagai permainan realiti-maya melaluinya.
Sony PlayStation VR berharga $399 di Amerika Syarikat, dan ia turut akan dijual dalam pakej bersama-sama kamera dan juga alat-kawalan PS Move. Berbeza dengan beberapa set realiti-maya yang lain, Sony sedia memperlihatkan sejumlah permainan menarik berasaskan realiti-maya daripada pelbagai penerbit, dan ia bakal hadir kepada pengguna PlayStation VR.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi berkenaan bilakah PlayStation VR akan hadir ke pasaran tempatan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation VR Bakal Mula Dijual Pada Bulan Oktober"