Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi 5 Dijual Di Malaysia 18 Jun Ini Pada Harga RM 1549

Imej teaser diperlihatkan semalam dan mengesahkan Xiaomi Mi 5 akan memasuki pasaran tempatan. Hari ini pihak Xiaomi Malaysia mengesahkan harga jualan peranti utama mereka ini ialah RM 1549 sebuah mulai 18 Jun ini. Sekali pandang ia nampak seperti harga yang agak mahal memandangkan peranti Xiaomi terkenal dengan harga mampu milik. Tetapi apabila melihat spesifikasi, ia masih lagi peranti utama yang dijual pada harga berpatutan.

Xiaomi Mi 5 Malaysia

Peranti yang diperlihakan di MWC Februari lalu ini mempunyai skrin 5.2″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 16 Megapixel dengan sokongan OIS dan kamera hadapan 4 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Nampaknya hanya satu versi dibawa masuk untuk pasaran tempatan. Kepada yang menanti sejak Februari, bersedialah menekan butang beli dengan pantas 18 Jun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Mi 5 Dijual Di Malaysia 18 Jun Ini Pada Harga RM 1549"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info