Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini Android 5.1 Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Sony Xperia Z3 & Z2

Berita baik bagi pengguna Sony Xperia Z3 dan Z2 Malaysia pagi ini. Kemas kini Android 5.1.1 boleh dimuat turun oleh anda sekarang secara OTA tanpa perlu menggunakan perisian PC Companion. Kemas kini ini sebenarnya sudah boleh dimuat turun sejak malam tadi dan membawa beberapa penambahbaikan seperti menetapkan tahap kekuatan suara berbeza untuk media, deringan dan notifikasi. Saiz ikon juga boleh diubah mengikut kehendak pengguna serta peningkatan kepantasan kamera. Kemas kini kali ini hadir dengan amat pantas iaitu kurang dari seminggu selepas diumumkan oleh pihak Sony. Sebelum ini pengguna Malaysia terpaksa menunggu lebih daripada sebulan.

Kesemua peranti di bawah keluarga Z3 dan Z2 diumumkan akan menerima kemas kini ke Android 5.1.1 minggu lalu. Peranti Xperia Z1, Xperia Z1 Compact, Xperia Z Ultra, Xperia T2 Ultra, Xperia C3, Xperia Z , Xperia M2 dan Xperia M2 Aqua turut akan menerima kemas kini di masa hadapan.

Sony-Xpria-5.1.1



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kemas Kini Android 5.1 Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Sony Xperia Z3 & Z2"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info