Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Honor Band Zero, Serta Fon Telinga Dinamakan Honor Whistle Bluetooth

Honor semalam telah melancarkan secara rasmi telefon pintar terbaru mereka, Honor 7. Bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar, Honor yang merupakan anak syarikat Huawei ini juga turut dilihat memperkenalkan beberapa aksesori tambahan, termasuk sebuah jam tangan pintar.

Honor Band Zero

Jam tangan pintar yang dinamakan sebagai Honor Band Zero ini masih kekal misteri berkenaan apakah sistem operasi yang digunakannya, selain bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna. Honor Band Zero hadir dengan skrin berbentuk bulat, serta membawakan rekaan berasaskan logam. Seperti beberapa jam tangan pintar lain, Honor Band Zero ini turut membawakan sokongan kalis air dan debu, selain pengguna boleh melihat notifikasi seperti panggilan yang sedang diterima, mesej yang masuk dan sebagainya.

Selain daripada jam tangan pintar, pihak Honor turut memperkenalkan sebuah earpiece berasaskan kepada Bluetooth, dinamakan sebagai Honor Whistle Bluetooth. Seperti Honor Band Zero, ia turut membawakan rekaan premium.

Honor Whsitle Headset

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk ini dijangka akan dikongsikan ketika ia mula dijual kelak. Mungkin Honor tidak berkongsi lanjut mengenainya lagi buat masa ini, memandangkan jam tangan pintar Huawei Watch sendiri masih belum dijual secara rasminya di pasaran walaupun telah diumumkan beberapa bulan lepas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Memperlihatkan Jam Tangan Pintar Honor Band Zero, Serta Fon Telinga Dinamakan Honor Whistle Bluetooth"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info