Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TM : Gangguan Rangkaian Masalah Kabel Dasar Laut Untuk Pelanggan TM Adalah Sangat Minima

Lanjutan daripada semalam, hari ini akhirnya pihak Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan masalah kabel dasar laut. Menurut TM, mereka mengesahkan yang mana rangkaian Cahaya Malaysia dan juga AAG (Asia-America Gateway) mengalami sedikit masalah – dimana ia memautkan rangkaian antara Hong Kong ke Jepun, Filipina, Malaysia, dan Singapura – selain termasuk ke Amerika Syarikat dan Asia Utara.

TM mengatakan masalah kabel dasar laut seperti ini adalah normal, dan konsortium rangkaian disebaliknya telah mengambil langkah sepatutnya untuk baik-pulih.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia turut mengatakan mereka tidak nampak sebarang degradasi (kemerosotan) kapasiti dalam menawarkan perkhidmatan disebabkan oleh insiden ini. Walaubagaimanapun, TM telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kesesakkan rangkaian, dan menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan mereka.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian TM, adakah anda tampak sebarang kesan daripada insiden kabel dasar laut ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TM : Gangguan Rangkaian Masalah Kabel Dasar Laut Untuk Pelanggan TM Adalah Sangat Minima"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info