Beberapa minggu yang lalu tular di media sosial emoji untuk burger dan bir pada peranti Android yang dikatakan mempunyai rekaan yang salah. Keju diletakkan di bawah kepingan daging pada burger manakala buih bir terkeluar dari gelas walaupun aras bir yang rendah. Isu ini mendapat perhatian Sundar Pichai yang merupakan CEO kepada Google.
Kemaskini Android 8.1 yang baru diberikan telah mengemaskini kesalahan rekaan dua emoji ini. Kini keju di atas daging dan gelas dipenuhi dengan bir. Pada waktu yang sama rekaan emoji keju juga dikemaskini dengan lubang tiga dimensi dan bukan lagi kelihatan seperti pelekat. Dengan penggunaan emoji yang semakin meningkat, kesilapan kecil seperti ini mendapat perhatian yang tinggi dari CEO.
Ia jelas menunjukkan kekuatan platform media sosial dalam memaksa syarikat besar melakukan kemaskini dengan pantas. Satu lagi contoh terbaik ialah semalam kerentanan MacOS High Sierra ditemui dan tersebar ke media sosial dan pagi ini kemaskini telahpun diberikan oleh Apple.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengemaskini Rekaan Emoji Burger Dan Bir Pada Peranti Android"