Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Akan Menerbitkan Video Muzik Eksklusif Artis Ternama Untuk Menarik Langganan Apple Music

Pelancaran Apple Music bermula dengan baik dengan beberapa laporan menunjukkan pengguna Spotify berkurangan dan beralih ke perkhidmatan Apple ini sejak awal bulan ini. Kini terdapat laporan Apple akan menerbitkan video muzik eksklusif beberapa artis terkenal bagi menarik menambah langganan dalam masa terdekat. Kesemua video ini akan dihasilkan oleh mereka bagi pihak artis. Muzik video baru Freedom oleh Pharrell Williams, Energy oleh Drake dan Phenomenal oleh Eminem adalah tiga video yang hanya boleh ditonton menerusi Apple Music setakat ini.  Terdapat beberapa artis lain lagi yang akan melancarkan video mereka hanya di Apple Music dalam masa terdekat.

Apple-Music-Video-Ekslusif

Apa yang dilakukan oleh Apple Music seakan sama seperti yang ditawarkan oleh Tidal. Perbezaan di sini ialah Tidal memaparkan video konsert eksklusif dan bukannya video muzik. Ini adalah perubahan paradigma dalam industri yang selama ini melancarkan video mereka menerusi kaca TV dan Youtube secara percuma. Adakah dengan melancarkan video hanya pada Apple Music akan menambahkan langganan ataupun peminat hanya akan mengamuk? Ini juga boleh menyebabkan kesemua perkhidmatan penstriman video untuk melakukan taktik yang sama. Bayangkan Youtube, Vimeo dan Spotify perlu dibayar untuk menonton video. Teori domino yang kedengaran seperti paranoid tetapi tidak mustahil boleh berlaku.

Saya sudah terbiasa dengan menonton video muzik percuma dan tidak merasakan langkah Apple ini baik untuk artis ataupun peminat. Video muzik Gangnam Style menjadi viral kerana ianya mudah ditonton. Dengan mewujudkan paywall sebelum boleh menonton video jumlah tontonan akan berkurangan dan unsur viral tidak akan berlaku. Apa pendapat anda? Sudi membayar untuk menonton video muzik terkini Taylor Swift selepas ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Akan Menerbitkan Video Muzik Eksklusif Artis Ternama Untuk Menarik Langganan Apple Music"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info