Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Teknologi Baru Mengelakkan Skrin Retak Apabila Terjatuh

Komponen yang paling mudah rosak pada sebuah peranti pintar ialah skrin sesentuh. Semakin besar skrin semakin tinggilah risiko komponen ini akan pecah sekiranya terjatuh dengan kerap. Terdapat pelbagai benda digunakan oleh pemilik peranti untuk mengurangkan risiko skrin sesentuh retak. Kami secara peribadi menggemari kaca tahan lasak yang dilekapkan di atas skrin sesentuh. Apabila terjatuh lapisan kaca ini akan retak terlebih dahulunya dan bukannya skrin yang lebih mahal.

Paten-Skrin-Retak-Apple-1

Apple nampaknya mempunyai idea mereka sendiri bagaimana mengelakkan skrin dari retak. Sebuah paten yang difailkan mereka menunjukkan sistem penyerap hentakan terbina di bahagian hadapan skrin. Empat penyerap hentakan ini akan terkeluar apabila mengesan peranti terjatuh. Ia akan menyerap hentakan dan bukannya skrin. Walau bagaimanapun mekanisme ini hanya dapat mengurangkan kebarangkalian skrin retak sekiranya jatuh secara rata. Menarik melihat mekanisme mekanikal yang terkeluar secara automatik dicipta oleh Apple. Seperti biasa kewujudan paten ini tidak bermakna ia akan digunakan pada iPhone 7 kelak. Pada tahun 2011 Apple pernah mempatenkan sistem beg udara terbina untuk tujuan yang sama namun sehingga sekarang tidak digunakan.

Paten-Skrin-Retak-Apple-2

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Teknologi Baru Mengelakkan Skrin Retak Apabila Terjatuh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info