Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubuntu 15.10 Wily Werewolf Sedia Untuk Dimuat-Turun

Ubuntu semalam telah berkongsi mengenai nama baru untuk sistem operasi mereka akan datang, dan hari ini, seperti dijadualkan, mereka telah pun melancarkan Ubuntu 15.10 dengan nama kod “Wily Werewolf” secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk memuat-turunnya.

Ubuntu 15.10 merupakan sebuah sistem operasi yang ditawarkan untuk desktop, komputer riba, mahupun pelayan (server). Ia ditawarkan secara percuma, dan dijana menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian sumber terbuka.

Ubuntu

Melalui Ubuntu 15.10, tiada sebarang pembaharuan drastik yang dibawakan, tetapi lebih kepada penaik-tarafan dan kemaskini kecil. Pihak pembangunnya memberikan perhatian kepada beberapa perkara memfokuskan antaramuka, termasuk dari segi penggunaan bar tatal dan juga gambar latar baru. Unity 7.3.3 yang digunakan untuk paparan desktop membawakan beberapa kemaskini berbanding sebelumnya termasuk kemudahan untuk membuat carian, ataupun drag-drop aplikasi dari Unity Dash ke desktop untuk membuat akses pintas.

Dari segi kemaskini disebaliknya, Ubuntu 15.10 kini dijana menggunakan kernel Linux 4.2 yang membawakan sokongan hardware lebih baik, dan turut menyertakan sokongan Steam Controller. Ubuntu 15.10 turut menyertakan beberapa perisian baru, termasuk Firefox 41, LibreOffice 5.0.2, dan juga Chromium 45.

Bagi anda yang berminat boleh memuat-turun Ubuntu 15.10 hari ini, ataupun jika anda sedia menggunakan Ubuntu, anda boleh memulakan proses kemaskini ke versi baru anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubuntu 15.10 Wily Werewolf Sedia Untuk Dimuat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info